MD Tumpat Divider  Awam Divider  Pelancong Divider  Warga Divider 
Foto  Audio  Video  Web Mobil  Twitter  Forum 
  Saiz Teks  Kecilkan Teks Teks Asal Besarkan Teks  Warna Kontrast  reset Contrast  Light Contrast  Dark Contrast  Medium Contrast   Mendengar Teks   Select Text First, Then Press This Button   Tema 
 
 
 
Hubungi Kami| Soalan Lazim| Pautan| Bantuan| Peta Laman
<a href="">MD Tumpat Flash Banner"</a>
RUMAH API ISYARAT

Rumah Api Isyarat

Bandar Tumpat dahulunya sebuah bandar pelabuhan yang masyhur di sekitar tahun 1900. Pihak berkuasa pelabuhan (Syahbandar) telah mendirikan rumah api di kawasan-kawasan yang strategik bagi kemudahan para pedagang atau pelayar keluar masuk ke pelabuhan khususnya di waktu malam.

Salah satu rumah api yang terawal yang dapat dikenalpasti ialah rumah api yang dibina ditepi pantai bersebelahan dengan jeti. Walau bagaimanapun, rumah api tersebut telah tiada lagi dan tempat tersebut kini dikenali dengan nama Padang Mahkota berdekatan dengan kawasan rumah Ketua Jajahan Tumpat.

Rumah api ini di bina dengan kayu setinggi lebih kurang 30 kaki bentuknya empat persegi dan meruncing ke atas. Di bahagian atasnya di buat perlantaian bagi menempatkan lampu.

Satu lagi rumah api yang di temui ialah yang kini terletak dalam kawasan stor K.T.M. Rumah api ini dibina daripada batu-bata, berbentuk bulat dan tirus ke atas. Ukuran lilit bahagian bawahnya 37' 9" dan tingginya 70 kaki. Tangga dibina di bahagian dalam rumah api ini bagi membolehkan seseorang naik ke atas untuk memasang dan memadam lampu.

Mengikut cerita lisan penduduk tempatan, rumah api ini dibina sebelum Perang Dunia ke-2 oleh pasukan marine bagi mengawasi perairan Tumpat.

Semasa Peperangan Dunia Kedua (1941-1945) negeri Kelantan yang di bawah pentadbiran tentera Jepun telah menggunakan rumah api ini untuk mengawasi kawasan perairan dari ancaman musuh dan memudahkan kapal-kapal tenteranya membuat rondaan di laut.

Kini dengan kemajuan teknologi yang canggih dalam bidang pelayaran, rumah api tidak lagi digunakan. Ia hanya tinggal menjadi bahan sejarah untuk tontonan umum kini dan akan datang.

[Kembali]

PERKHIDMATAN KAMI

Senarai Perkhidmatan Senarai Perkhidmatan

e-Perkhidmatan  e-Perkhidmatan

statistik aplikasi atas talian  Statistik Aplikasi Atas Talian

Misi & Visi  Visi & Misi

Peluang Pekerjaan  Peluang Pekerjaan

Muat Turun Borang  Muat Turun Borang

Arah Kiblat  Arah Kiblat

KALENDAR
« Mei 2012 »
Is Se Ra Kh Ju Sa Ah
31 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31 1 2 3

Portal Rasmi Kerajaan Malaysia MAMPU Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan  mscmalaysia 1 Malaysia  Pelancongan Negeri Kelantan   MDEC MYID MYIDEAS    SUK  Portal Rasmi KSN My Health RSS