<<Kembali
Maklumat Harta Pegangan
- Penilaian harta yang baru menerima skd/cf dan tanah kosong yang pecah sempadan akan dibuat dalam masa tiga minggu.
- Maklumat harta boleh diperolehi di kaunter penilaian dengan serta-merta apabila bayaran dijelaskan.
- Menjamin pengeluaran bil cukai taksiran tepat sebelum berakhir bulan Disember bagi taksiran Januari – Jun dan sebelum berakhir bulan Jun bagi taksiran Julai – Disember tiap-tiap tahun.
- Memberi kemudahan membayar cukai secara ansuran.
Bantahan
- Anda boleh membuat bantahan ke atas taksiran dalam masa 2 minggu dari tarikh notis diserahkan.
- Keputusan pengurangan rayuan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Rayuan.
Permohonan pindah milik
- Permohonan pindahmilik daripada pemaju dan orang perseorangan dalam tempoh 7 hari dengan syarat menjelaskan tunggakan cukai taksiran dan memenuhi syarat-syarat permohonan pindahmilik.
Untuk menjayakan piagam ini tuan/puan dikehendaki :-
- Mematuhi segala peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan oleh Majlis Daerah Tumpat.
- Menggunakan sepenuhnya kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh Majlis Daerah Tumpat.
Talian aduan : 09-7256 224