MENU

SOALAN LAZIM : JomPAY

Soalan 1 :
Apa itu JomPAY?

Jawapan :
JomPAY ialah satu inisiatif Nasional yang disokong oleh bank-bank di Malaysia untuk mewujudkan satu kaedah pembayaran melalui online dan telefon mudah alih di Malaysia. MyClear adalah sebuah anak syarikat milik penuh Bank Negara Malaysia yang mengendalikan JomPAY.


Soalan 2 :
Apakah kemudahan yang disediakan melalui JomPAY?

Jawapan :
Dengan JomPAY, anda boleh menikmati kemudahan membuat bayaran cukai taksiran menggunakan dana dari akaun simpanan atau akaun semasa. Selain itu, pelanggan juga boleh menggunakan akaun kad kredit untuk bayaran Cukai Taksiran. Melalui JomPAY, transaksi anda lebih cepat, selamat, dan mudah.


Soalan 3 :
Adakah JomPAY percuma?

Jawapan :
Ya, perkhidmatan JomPAY adalah PERCUMA. Tiada caj dikenakan ke atas pelanggan yang menggunakan perkhidamatan JomPAY.


Soalan 4 :
Di manakah saya boleh menggunakan JomPAY?

Jawapan :
Kemudahan JomPAY boleh dinikmati melalui perbankan internet dan telefon mudah alih melibatkan 40 bank yang terlibat termasuk Maybank2u, CimbClicks dan BankIslam.biz.


Soalan 5 :
Adakah saya perlu mendaftar sebelum membuat pembayaran dengan JomPAY?

Jawapan :
Pendaftaran tidak diperlukan dengan JomPAY. Anda hanya perlu memastikan mempunyai akses kepada perbankan internet bagi bank yang terlibat.


 JomPAY MDT

Soalan 6 :
Saya telah mempunyai akaun (perbankan internet) bank yang terlibat. Apakah langkah pertama yang perlu dilakukan untuk menggunakan JomPAY bagi pembayaran Cukai Taksiran Majlis Daerah Tumpat?

Jawapan :
Anda hanya perlu melakukan tiga langkah mudah

  1. Dapatkan Jumlah Bayaran Cukai Taksiran terkini yang perlu dijelaskan dengan merujuk Bil Cukai taksiran terkini atau hubungi talian 09-725 2236 untuk sebarang pertanyaan berkenaan bil.
  2. Dapatkan Biller Code Majlis Daerah Tumpat : 24240
  3. Dapatkan Ref-1 : No Akaun Bil (cukai taksiran anda) pada Bil Cukai Taksiran anda atau Hubungi 09-725 2236 untuk pertanyaan.
  4. Masukkan Ref-2 : No Telefon anda yang boleh dihubungi


Soalan 7 :
Apakah yang dimaksudkan dengan Biller Code?

Jawapan :
Biller Code adalah nombor unik untuk mengenalpasti Biller bagi JomPAY. Biller Code bagi Majlis Daerah Tumpat adalah seperti berikut.

Kemudahan

Produk

Biller Code

Biller Code

Cukai Taksiran

24240


 

 

Soalan 8 :
Apakah itu  Ref-1 ?

Jawapan :
Ref-1 adalah nombor unik yang digunakan oleh Majlis Daerah Tumpat untuk mengenal pasti akaun anda.

Ref-2 adalah nombor telefon  yang boleh dihubungi oleh pihak Majlis Daerah Tumpat bagi menghubungi anda jika perlu.

Ref-1

Ref-2

No Akaun Bil

No Telefon anda

 


Soalan 9 :
Adakah Ref-1 berubah-ubah untuk bayaran seterusnya?

Jawapan :
Tidak. Ref-1 untuk JomPAY Majlis Daerah Tumpat adalah tetap berdasarkan akaun pelanggan. Pelanggan digalakkan mengemaskini sebagai Favourites setelah berjaya membuat transaksi pertama.


Soalan 10 :
Apakah langkah-langkah untuk menggunakan JomPAY Online?

Jawapan :
Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk menggunakan JomPAY Online:

  1. Daftar masuk perbankan internet/ telefon mudah alih.
    > Pilih Bill Payment > Cari menu JomPAY
  2. Mulakan transaksi bayaran .
    > Masukkan Biller Code, Ref-1 dan Ref-2
  3. Pilih akaun anda, sama ada akaun semasa, simpanan atau kad kredit*
  4. Masukkan jumlah bayaran dan teruskan bayaran.
    > Resit akan dipaparkan bagi setiap transaksi yang berjaya
  5. Kemaskini sebagai Favourites untuk bayaran seterusnya pada masa akan datang.
  6. Selesai.

*Penggunaan akaun kad kredit


Soalan 11 :
Siapakah kategori pelanggan yang boleh menggunakan JomPAY?

Jawapan  :
Semua pelanggan 40 bank terlibat boleh menggunakan JomPAY.


 

Soalan 12  :
Adakah terdapat had bagi bayaran melalui JomPAY?

Jawapan :
Had bayaran bagi JomPAY adalah seperti berikut:

Had minimum

Had maksimum

RM1.00

Tiada had


Soalan 13 :
Apakah yang perlu saya lakukan jika mempunyai sebarang masalah ketika membuat pembayaran JomPAY?

Jawapan :
Pertama sekali, pastikan butiran bayaran adalah betul termasuk Biller Code, Ref-1 dan Jumlah Pembayaran.

Untuk bantuan seterusnya, sila hubungi

Bahagian Kaunter Cukai Taksiran MDT di talian 09-7252236 atau

Bahagian Kewangan MDT di talian 09-725 2227


Soalan 14 :
Saya telah berjaya membuat transaksi, bilakah penyata saya dikemaskini?

Jawapan :
Bagi setiap transaksi bayaran yang berjaya, Penyata Akaun Individu Majlis Daerah Tumpat akan dikemaskini dalam tempoh 3 hari bekerja.