MENU


PROGRAM TEMAN PILI BOMBA

 

Pengenalan

Program Teman Pili Bomba diperkenalkan sejak tahun 1986 bagi mewujudkan kerjasama erat di antara masyarakat dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).  Program ini berperanan menyedarkan orang ramai tentang pentingnya penjagaan pili Bomba serta memastikan pili Bomba di kawasan masing-masing berada dalam keadaan baik bagi menangani sesuatu kecemasan.

Kategori Pili Bomba

Terdapat dua ketegori pili Bomba yang dibina iaitu pili Bomba awam dan pili Bomba swasta.  Pili Bomba awam dipasang di kawasan atau premis awam seperti kampong, taman perumahan, kampong baru, tempat reakreasi dan di tepi jalan,  dengan jarak perantaraan dalam lingkungan 91.5 meter.  Pili Bomba swasta pula merupakan pili Bomba yang dibina di kawasan atau premis persendirian seperti gedung, kilang, kedai dan gudang yang merupakan hak milik pihak persendirian.

Penumpuan Program Teman Pili Bomba

Penumpuan program diberikan kepada pili Bomba awam.  Pili Bomba swasta juga digalakkan menyertai program ini.

Syarat-Syarat Penyertaan

Bapa/ibu angkat pili Bomba dalam program Teman Pili Bomba ialah mereka yang dilantik atau dipilih oleh JBPM untuk mengawalselia atau menjaga pili Bomba.  Mereka terdiri daripada orang perseorangan,  kakitangan kerajaan atau swasta,  syarikat swasta,  ahli-ahli pertubuhan sukarela,  ahli-ahli bukan kerajaan (NGO) atau pengerusi/setiausaha persatuan penduduk.

Keahlian

1. Keahlian program ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang berumur 18 tahun ke atas.
2. Penyertaan hendaklah menggunakan Borang PB2001 yang boleh didapati di semua Balai Bomba dan Penyelamat yang berhampiran.
3.  Borang hendaklah dibuat dalam 3 salinan dan majukan kepada Ketua Balai untuk dipertimbangkan.
4. Ketua Balai akan menyemak permohonan seterusnya membuat pertimbangan dan sokongan.
5. Ketua Balai akan mengemukanan permohonan kepada Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri dan mendapatkan/mengeluarkan surat perlantikan.
6. Surat perlantikan daripada Pengarah Negeri kepada Ketua Balai.
7. SIJIL TEMAN PILI BOMBA akan dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri kepada Bapa atau Ibu Angkat pili Bomba.

Peranan Dan Tanggungjawab Teman Pili Bomba

Program Teman Pili Bomba amat mengharapkan kepada Bapa atau Ibu Angkat pili Bomba supaya dapat berperanan sebagai penjaga dan pelapor kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dengan harapan supaya pili bomba ;
1 Tidak terhalang oleh sesiapa dengan meletakkan bahan-bahan binaan seperti pasir,  kayu,  besi,  simen atau lain-lain corak halangan.
2. Tidak ada kenderaan diletakkan di tepi atau di atas pili bomba dan laporan kepada Bahagian Keselamatan Kebakaran Daerah atau Negeri,  Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
3. Memastikan kerja-kerja membaiki atau menurap jalan oleh mana-mana pihak,  tidak menutup atau menurap ‘hydrant pit'.  Melaporkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia jika perkara ini dilakukan.
4. Melaporkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Jabatan Kerja atau Polis sekiranya ternampak sesiapa mencuri air daripada pili Bomba.
5.  Membersihkan rumput-rampai atau sebarang perkakas yang menghalang atau melindungi pili Bomba supaya mudah dilihat.
6.  Membersih pasir,  tanah,  batu dan lain-lain yang masuk ke dalam lubang pili Bomba khususnya selepas musim hujan.
7. Melaporkan kepada Jabatan Kerja Air atau Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia jika terdapat kebocoran atau apa-apa kerosakan.
8. Mengawasi kecurian kompenan-kompenan pili Bomba oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
9. Membantu mengecat pili Bomba jika diperlukan.

"SERTAILAH TEMA PILI BOMBAUNTUK MEMBANTU MEWUJUDKAN KESEJAHTERAAN KESELAMATAN KEBAKARAN KELUARGA TERJAMIN"

Sila klik di sini untuk mendaftar sebagai Teman Pili Bomba