MENU

Perubahan hala jalan di Pekan Wakaf Bharu bagi mengatasi pertambahan bilangan kenderaan darat yg dijangka bertambah untuk pulang sempena Hari Raya Aidil Adha dan musim cuti persekolahan akan dilaksanakan selama lima hari bermula Rabu, 30 Ogos 2017 sehingga Ahad, 03 September 2017.

Pengguna jalanraya diminta bersabar dan mematuhi arahan papan tanda juga pertugas-petugas yg melibatkan anggota Polis Trafik dan anggota Penguatkuasa Majlis Daerah Tumpat. 

Pemandu kenderaan juga diminta agar tidak menunggu penumpang yg ke Pasar Wakaf Bharu sehingga boleh menyempitkan jalan, pemandu disyorkan utk menurunkan sahaja penumpang yg ingin ke pasar atau sebagainya, dan menanti panggilan telefon utk memasuki semula kawasan pasar utk mengambil penumpang yg turun membeli barangan keperluan raya. 

Berkemungkinan besar kesesakan sementara akan juga berlaku apabila pagar lintasan kereta api ditutup beberapa minit utk memberikan laluan kepada kereta api. 

Kesabaran dan kerjasama drp pemandu sangatlah diharapkan.

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Tumpat.