MENU

Kitar Semula Sisa Elektronik Isi Rumah

 

 

Soalan lazim.

S1 : Apa itu sisa elektronik (e-Waste) dari Isi Rumah?

J1 : Barang-barang kelengkapan/peralatan elektrik dan elektronik yang tidak lagi digunakan oleh pengguna asal dan tidak lagi memberi apa-apa nilai kepada pengguna tersebut. Contoh: komputer peribadi, TV, radio, peti sejuk, mesin basuh, penghawa dingin, pencetak, telefon bimbit, pemain DVD/VCD, bateri telefon bimbit & sebagainya.

 

S2 : Kenapa Ia Perlu Dikitar Semua?

J2 : Ia memberi impak kepada kesihatan manusia dan merupakan satu ancaman kepada alam sekitar. Sebagai contoh,

  • Pembuatan litar dalam komputer melibatkan proses penyaduran elektrik di mana ia menggunakan beberapa jenis logam berat
  • Penghasilan cip komputer melibatkan penggunaan bahan-bahan kimia seperti asid dan juga pelarut yang terdiri daripada bahan organic dan juga bukan organik.

Semua bahan-bahan tersebut memberi kesan kepada kesihatan manusia dan kemusnahan pada alam sekitar. Oleh sedemikian, ianya memerlukan pengurusan dan kaedah pelupusan yang betul dan selamat.

 

S3 : Di manakah pusat pengumpulan sisa elektronik isi rumah di Kelantan?

J3 : Berikut adalah senarai pusat pengumpulan sisa elektronik di Negeri Kelantan.

 

1. Mutiara Metal s Sdn Bhd

S/62, Lot 2945, Jalan Pasir Hor, Off Batu 4,

Jalan Kuala Krai, 15100 Kota Bharu, Kelantan.

Tel:09-7481469

 

2. Senheng Electric (KL) Sdn Bhd : Kota Bharu

4064A & B, Jalan Sultan Yahya Petra,

15150 Kota Bharu, Kelantan.

 

3. Senheng Electric (KL) Sdn Bhd : Kota Bharu Trade Center

Ground & Mezzanine Floor, Lot 341 & 425,

Jalan Padang Garong, 15400, Kota Bharu, Kelantan.

 

4. Senheng Electric (KL) Sdn Bhd : KB Mall

Lot 41A & 1.61A, 1st Floor, 1.888, KB Mall Jalan Hamzah,

15050 Kota Bharu, Kelantan.

 

5. Senheng Electric (KL) Sdn Bhd : AEON Mall Kota Bharu

F19, AEON Mall Kota Bharu Lembah Sireh,

15050, Kota Bharu, Kelantan.

 

6. Senheng Electric (KL) Sdn Bhd : Kubang Kerian

PT 1607 & PT 1608 (Ground Floor), Jalan KK 6, Bandar Baru Kubang Kerian,

16150 Kota Bharu, Kelantan.

 

7. Senheng Electric (KL) Sdn Bhd : Bandar Pasir Putih

PT 2153 Ground, 1st & 2nd Floor, Seksyen 2, Bandar Pasir Puteh,

16800 Kelantan.

 

8. Digi

Lot G-42 KB Mall, Jalan Hamzah,

15050, Kota Bharu, Kelantan.

 

9. U Mobile

PT658, Seksyen 27, Jalan Seri Cemerlang,

15000, Kota Bharu, Kelantan.