MENU

INFO : RINGKASAN RELEVAN PERUNTUKAN DI DALAM KANUN JENAYAH SYARIAH 1985

 

SEKSYEN 2(1) TAFSIRAN “SUMBANG”

- PERBUATAN/SIRI PERBUATANYANG DIANGGAP BERTENTANGAN DENGAN HUKUM SYARAK DI ANTARA SEORANG LELAKI DAN SEORANG PEREMPUAN YANG DITEGAH BERKAHWIN.

 

SEKSYEN 5(1) PERBUATAN TIDAK SOPAN

- SENGAJA MELAKUKAN PERBUATAN ATAU BERKELAKUAN TIDAK SOPAN YANG BERTENTANGAN DENGAN HUKUM SYARAK DI MANA-MANA TEMPAT AWAM

- SABIT KESALAHAN = DENDA TIDAK MELEBIHI RM1,000.00 ATAU PENJARA SELAMA TEMPOH TIDAK MELEBIHI ENAM BULAN ATAU KEDUA-DUANYA.

 

SEKSYEN 5 (2)

- SESEORANG LELAKI YANG DIDAPATI BERCUMBU- CUMBUAN DI MANA-MANA TEMPAT DENGAN SEORANG PEREMPUAN SELAIN DARIPADA ISTERINYA.

- SABIT KESALAHAN = DENDA TIDAK MELEBIHI RM1,000.00 ATAU PENJARA SELAMA TEMPOH TIDAK MELEBIHI ENAM BULAN ATAU KEDUA-DUANYA.

 

SEKSYEN 5(3)

- SESEORANG PEREMPUAN YANG DIDAPATI BERCUMBU- CUMBUAN DI MANA-MANA TEMPAT DENGAN SEORANG LELAKI SELAIN DARIPADA SUAMINYA.

- SABIT KESALAHAN = DENDA TIDAK MELEBIHI RM1,000.00 ATAU PENJARA SELAMA TEMPOH TIDAK MELEBIHI ENAM BULAN ATAU KEDUA-DUANYA.

 

SEKSYEN 6 (PERKATAAN TIDAK SOPAN)

- SENGAJA MENGELUAR ATAU MENYEBARKAN KATA KATA YANG BERTENTANGAN DENGAN HUKUM SYARAK YANG MUNGKIN BOLEH MEMECAHKAN KEAMANAN DI MANA-MANA TEMPAT.

- SABIT KESALAHAN = DENDA TIDAK MELEBIHI RM1,000.00 ATAU PENJARA SELAMA TEMPOH TIDAK MELEBIHI ENAM BULAN ATAU KEDUA-DUANYA.

 

SEKSYEN 10 (BERKELAKUAN SUMBANG)

- SABIT KESALAHAN = DENDA TIDAK MELEBIHI RM3,000.00 ATAU PENJARA SELAMA TEMPOH TIDAK MELEBIHI DUA TAHUN ATAU KEDUA-DUANYA.

 

SEKSYEN 23 (GALAKAN MAKSIAT)

- MENGANJUR, MEMUJUK ATAU MENGGALAKKAN MANA-MANA ORANG MELAKUKAN APA-APA PEKERJAAN MAKSIAT

- SABIT KESALAHAN = DENDA TIDAK MELEBIHI RM500.00 ATAU PENJARA TIDAK MELEBIHI EMPAT BULAN ATAU KEDUA-DUANYA