MENU

Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2016 Peringkat Negeri Kelantan akan diadakan spertimana berikut :-

Bil Tarikh Majlis
1. 16Ogos2016 Majlis Pelancaran Kibaran Jalur Gemilang
2. 31Ogos2016 Acara Perbarsian dan Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan
3. 16Sept2016 Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Kelantan

 

#sehatisejiwa

SEHATI SEJIWA adalah iltizam pembudayaan ketinggian sifat kesepaduan seluruh rakyat Malaysia dalam mempertahankan maruah dan martabat bangsayang merentas dan melangkaui ras, agama, kepercayaan, adat resam, darjat dan keturunan. SEHATI SEJIWA merupakan wadah dalam membangkitkan semangat kecintaan yang mendalam kepada negara dan merangsang hati dan nurani setiap rakyat Malaysia untuk tetap setia menjunjung nusa. Berpaksikan sikap toleransi dan hormat menghormati, kita akan terus menghubung menyatu mengeratkan jalinan silaturrahim, teguh kukuh, bersama membina Malaysia.

 

HARI KEBANGSAAN 2016

Kabinet telah bersetuju untuk mengekalkan tema 'Sehati Sejiwa' pada sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2015, dikekalkan sebagai tema sambutan pada tahun ini. (2016)

Tema, logo dan lagu sambutan juga masih dikekalkan untuk tahun ini dan turut dikekalkan adalah penggunaan nama 'Hari Kebangsaan' sebagai panggilan rasmi dengan tidak menyebut bilangan ulang tahun sambutan.

Warga Tumpat diseru untuk bersama-sama menghayati Hari Kebangsaan 2016 dengan bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang sebagai lambang kesepaduan dan kecintaan kepada tanah air kita tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik.

 

LOGO HARI KEBANGSAAN 2016

 

KETERANGAN LOGO HARI KEBANGSAAN 2016

 

LAGU HARI KEBANGSAAN 2016

     

 

Kredit kepada : http://www.mysumber.com/tema-dan-gambar-logo-hari-kebangsaan-2015-malaysia.html