MENU

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan dengan kerjasama Majlis Daerah Tumpat hari ini telah mengadakan Program Penghijauan Dan Pengindahan Tumpat bertempat di Taman Kemahkotaan, Tumpat.

Program ini dihadiri oleh Timbalan Pengarah Perhutanan En Nik Mohd Hasanuddin bin Nik Hussin yang mewakili Pengarah Jabatan Perhutanan. Turut sama hadir adalah En Ahmad Munir Bin Mohd Nasir, Setiausaha Majlis Daerah Tumpat mewakili Yang DiPertua Majlis Daerah Tumpat.

Sebanyak 18 pokok jenis Sakura sumbangan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan telah ditanam bagi tujuan mengindahkan landskap bandar Tumpat. 

Penduduk setempat khususnya warga Tumpat diminta agar bersama-sama dengan PBT bagi membantu menjaga kebersihan dan keindahan Bandar Tumpat untuk manfaat bersama.

Persekitaran yang indah dan bersih dapat menyumbang kepada kehidupan yang lebih sihat dan memberikan udara yang lebih segar serta dapat menggalakkan industri pelancongan yang akan memberi kebaikan kepada ekonomi warga Tumpat.