MENU

img

Adalah diberitahu bahawa Majlis Daerah Tumpat selaku Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan telah menyediakan Draf Rancangan Kawasan Khas Pengkalan Kubor 2020. Menurut Seksyen 13, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), dengan ini diberitahu bahawa saliran Draf Rancangan Kawasan Khas tersebut di atas tersedia untuk diperiksa bermula daripada 10 November 2013 hingga 9 Disember 2013 pada hari bekerja. Bantahan atau cadangan berkenaan dengan Draf Rancangan Kawasan Khas tersebut boleh dikemukakan dengan menggunakan borang bantahan awam yang disediakan, surat atau memorandum sebelum atau pada 15 Disember 2013. Borang bantahan awam, surat atau memorandum hendaklah di alamatkan kepada:

Pengarah
Jabatan Perancang Bandar dan Desa
Negeri Kelantan
Blok 4,Aras Bawah Kota Darulnaim
15646 Kota Bharu
Kelantan Darulnaim

Yang Dipertua
Majlis Daerah Tumpat
Jalan Tanjung Kuala
16200 Tumpat
Kelantan Darulnaim