MENU

KEPUTUSAN MESYUARAT BERSAMA PENGILANG, PENGUSAHA BAS DAN INSTITUSI KEWANGAN MENGENAI COVID-I9 NEGERI KELANTAN.

Dengan hormatnya Keputusan Mesyuarat Bersama Pengilang, Pengusaha Bas Dan lnstitusi Kewangan Mengenai Covid-19 Negeri Kelantan yang bersidang pada 22 Mac 2020 dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato' Kaya Setia Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan mesyuarat telah bersetuju perkara-perkara berikut untuk
diambil tindakan SEGERA oleh pihak institusi perbankan yang mempunyai premis/mesin ATM di dalam jajahan Tumpat :

2.1 Semua mesin ATM yang berada di kawasan premis Bank, hendaklah dibersihkan pada setiap masa dengan menggunakan semburan pembasmi kuman, dan disediakan hand sanitizer kepada pelanggan.
,
2.2 Bagi mesin ATM yang berada di luar premis bank, sekiranya tidak mampu untuk dibersihkan pada setiap masa dengan menggunakan semburan pembasmi kuman dan disediakan hand sanitizer kepada pelanggan, perkhidmatan mesin tersebut hendaklah ditutup kepada pelanggan. Semua bank hendaklah mematuhi waktu operasi ATM sebagaimana Essential Servrces yang lain iaitu di antara jam 7:00 pagi hingga 7:00 malam sahaja.

3. Sehubungan dengan itu, pihak tuan adalah diminta mematuhi dan memberikan kerjasama sebagaimana arahan di para 2.1 dan 2.2 di atas mulai 24 Mac 2020 {Selasa} dan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini dikuatkuasakan.

4. Di atas perhatian dan kerjasama tuan mematuhi perkara di atas adalah dihargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian.