BIDANG TUGAS JAWATANKUASA
1) JAWATANKUASA KEWANGAN DAN PENGURUSAN HARTA
a. KEWANGAN
1. Merangka belanjawan tahunan, belanjawan semakan dan pengawalan perbelanjaan bagi mencapai sasaran dalam lingkungan belanjawan yang telah diluluskan dan merangka belanjawan tambahan jika perlu.
2. Mengemukakan laporan kedudukan kewangan berkala atau khas bagi tujuan perancangan dan pengawalan.
b. PENGURUSAN HARTA
1. Mengurus harta tetap majlis yang terdiri dari bangunan pejabat, premis perniagaan, pasar-pasar dan lain-lain hartanah berkeadaan sempurna dan berupaya memberi pulangan maksima kepada Majlis.
2. Mempastikan sewaan premis majlis dipungut didalam tempoh yang dibenarkan.
2) JAWATANKUASA KECIL TUNGGAKAN CUKAI
1. Mengenalpasti premis-premis yang mempunyai banyak tunggakan cukai untuk dibuat tindakan susulan.
2. Mengenalpasti penyewa premis-premis majlis yang mempunyai tunggakan sewa untuk dibuat tindakan susulan.
3) JAWATANKUASA KECIL RAYUAN CUKAI TAKSIRAN
1. Menerima dan meneliti rayuan dari pemilik premis yang dikenakan cukai taksiran.
2. Membuat penyiasatan dan kajian diatas kemunasabahan asas rayuan dan menemuduga perayu sebelum dibuat keputusan.
4) JAWATANKUASA PERKHIDMATAN KENAIKAN PANGKAT DAN TATATERTIB
1. Mengkaji keperluan tenaga kerja bagi setiap bahagian berdasarkan keperluan semasa dan kemampuan kewangan.
2. Mengendalikan proses temuduga untuk pengambilan kakitangan baru atau lantikan semula.
3. Meneliti dan mengambil keputusan terhadap apa-apa hal berhubung dengan perkhidmatan.